Liputan 5G Dikawasan Berpenduduk Di Malaysia Telah Mencapai 68.8%

TechnologyDigital
7 Sep 2023 • 10:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Fahmi Fadzil kini berkongsi menyatakan setakat 31 Ogos 2023, kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk telah pun mencapai 68.8%.

image is not available

Dengan angka terbaru ini, ia kini berbaki 11.2% lagi liputan kawasan berpenduduk sebelum mencapai sasaran 80% yang ditetapkan oleh kerajaan. Buat masa ini, urusan pembangunan rangkaian 5G di Malaysia diuruskan oleh DNB. Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan model dwi-rangkaian 5G selepas angka 80% dicapai.

Pada hari ini, semua syarikat telekomunikasi menawarkan perkhidmatan 5G, termasuk Maxis. Pengguna perlu mempunyai peranti dengan sokongan rangkaian 5G untuk menggunakannya, disamping mengaktifkan rangkaian 5G melalui pelan telekomunikasi masing-masing.

Di perkongsian sama, Fahmi Fadzil turut berkongsi menyatakan pelaburan ekonomi digital untuk enam bulan pertama 2023 telah meningkat 300% berbanding 2022 lepas.