KKDW tidak belanja melebihi peruntukan – Ahmad Zahid

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 2:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KKDW tidak belanja melebihi peruntukan – Ahmad Zahid

CYBERJAYA – Tiada sebuah kementerian yang membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang ditetapkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, perbelanjaan kementerian perlu dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang disediakan serta mematuhi ketetapan dan arahan Perbendaharaan.

“Tidak pernah ada sebuah kementerian yang membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan.

“Apa yang dibelanjakan, itu secara tidak langsung menjawab persoalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican walaupun beliau tidak ada di sini,” katanya ketika berucap pada Sesi Pembukaan Bengkel Kerjasama Strategik Pusat Komuniti Desa (PKD) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mendedahkan wujud isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek pembangunanan di bawah kementeriannya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kejayaan sesebuah kementerian tidak seharusnya dinilai hanya berdasarkan jumlah program dilaksanakan, bilangan peserta atau jumlah peruntukan yang dibelanjakan.

“Di KKDW, kita berpegang kepada prinsip bahawa kejayaan tidak boleh dinilai hanya melalui jumlah program atau bilangan peserta atau berapa bajet yang telah dibelanjakan,” katanya.

Katanya, ukuran keberhasilan perlu beralih daripada sekadar menghitung aktiviti kepada melihat perubahan yang dicapai hasil pelaksanaan sesuatu program. – KOSMO! ONLINE

The post KKDW tidak belanja melebihi peruntukan – Ahmad Zahid appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved