KKDW tidak belanja melebihi peruntukan diluluskan - Ahmad Zahid

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 2:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: KKDW tidak belanja melebihi peruntukan diluluskan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada perasmian Bengkel Kerjasama Strategik PKD, KKDW dan NADI di Menara MCMC pada Isnin. Foto: Bernama

CYBERJAYA - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tidak akan membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perbelanjaan kementerian adalah berdasarkan peruntukan yang dinyatakan dalam belanjawan atau jumlah yang telah diluluskan kerajaan.

"Perkara yang dibelanjakan itu secara tidak langsung menjawab persoalan KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican).

"Tiada sebuah kementerian belanja melebihi yang dinyatakan dalam ucapan belanjawan atau yang telah diperuntukkan,” katanya ketika berucap pada sesi pembukaan Bengkel Kerjasama Strategik Pusat Komuniti Desa (PKD) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sini, hari ini.

Isu mengenai peruntukan KKDW itu timbul susulan kenyataan Ahmad Zahid mengenai masalah kelewatan bayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek di bawah kementeriannya.

Beliau berkata, masalah tersebut memberikan kesan kepada kontraktor yang melaksanakan projek kerajaan, justeru menegaskan isu itu perlu diselesaikan supaya kelewatan bayaran tidak berlarutan.

Pada 2 September, Johan memaklumkan, tiada sebarang sekatan terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar manakala keseluruhan peruntukan bagi projek berkenaan telah disalurkan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved