KKM mohon maaf! Sahkan laman web rasmi digodam, orang ramai diminta elak akses

LocalTechnology
27 Jun 2026 • 12:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), www.moh.gov.my, dipercayai digodam selepas memaparkan mesej yang didakwa ditinggalkan pihak yang menceroboh pelayan laman web berkenaan.

Semakan mendapati tangkap layar yang tular di media sosial menunjukkan laman sesawang itu memaparkan mesej daripada individu atau kumpulan menggunakan nama MUSHR00W, selain memaparkan akaun Telegram yang dipercayai milik penggodam.

Paparan tersebut turut memuatkan slogan “We are Anonymous. We are Legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us.” serta menyenaraikan beberapa nama atau kumpulan iaitu WebshellsR, Familia, Bibil, MeshSec, Illegalplatform.org, Roween dan Thiscitze.Image from: KKM mohon maaf! Sahkan laman web rasmi digodam, orang ramai diminta elak akses

Susulan kejadian itu, KKM mengesahkan laman sesawang rasminya mengalami insiden penggodaman dan memaklumkan tindakan segera sedang diambil bagi menangani situasi tersebut.

Kementerian turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengakses laman sesawang berkenaan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak mengklik sebarang pautan mencurigakan atau memuat turun sebarang fail daripada laman sesawang berkenaan bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan siber.
“Semua maklumat dan pengumuman rasmi berkaitan kesihatan akan terus disalurkan menerusi platform media sosial serta saluran rasmi KKM yang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

KKM turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan memaklumkan perkembangan lanjut akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

“Keselamatan data dan penyampaian perkhidmatan awam adalah keutamaan kami,” menurut kenyataan itu.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved