KKM Sahkan Laman Web Rasmi Digodam

LocalTechnology
27 Jun 2026 • 12:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

KKM Sahkan Laman Web Rasmi Digodam

KKM Sahkan Laman Web Rasmi Digodam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa potral rasmi kementerian itu kini sedang mengalami gangguan akses yang dipercayai berpunca daripada insiden keselamatan siber.

Dalam satu kenyataan, KKM berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan yang terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian dengan kadar segera.

"Pada masa yang sama, tindakan pemulihan semula sistem sedang dilaksanakan bagi memastikan portal rasmi kementerian dapat beroperasi semula secepat mungkin.

"KKM memandang serius insiden ini dan sedang bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan untuk memastikan aspek keselamatan sistem diperkukuhkan serta bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang," katanya.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat rasmi kementerian itu melalui saluran media sosial rasmi KKM dan platform komunikasi rasmi lain sepanjang tempoh gangguan ini.

Baca juga:

"KKM juga memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami. Kami menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak sementara usaha pemulihan dilaksanakan.

"Sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," ujar KKM.

Terdahulu, dalam satu kiriman yang lain, KKM mengesahkan laman sesawang rasmi mereka digodam.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk mengelak dari mengakses laman itu buat masa ini.

Selain itu, jangan klik sebarang pautan mencurigakan atau muat turun fail daripada laman tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved