“KKM seringgit” – Netizen Dah Mula Jelak Tengok Content Makanan Manisan Melampau

Entertainment
13 Feb 2024 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Makanan viral sekarang ini kalau kita lihat memang menggoda iman, namun begitu jika diperhalusi semula, ia sebenarnya sangat berisiko tinggi pada kesihatan kita.

Buktinya seorang doktor sebelum ini pun ada mendedahkan yang terlalu ramai pesakit kronik tergolong dalam usia yang masih muda.

Seperti yang dapat kita perhatikan, Kek Tapak Kuda kini sedang trending, dilihat masing-masing berlumba untuk mendapatkan kek tersebut dan sampai ke tahap penjual berlumba-lumba menjual saiz lebih besar dan inti yang melimpah.

Namun, belum habis lagi pasal kek ini, trending pula satu manisan daripada Iran iaitu Lavashak yang dilakukan dengan cara yang sama. Ia dibuat dengan saiz besar yang melampau sedangkan pada asalnya makanan itu hanyalah sekadar manisan biasa dan bersaiz kecil sahaja.

Video tersebut tular dan kini meraih lebih 900 jumlah perkongsian di platform X dan mengundang bermacam-macam reaksi kurang senang netizen. Ada yang menyatakan bahawa dalam pemerhatiannya, rakyat asal Iran sendiri dikatakan tidak pernah membuat saiz sebesar ini.

Malah, ada juga yang kurang senang melihat cara pemuda ini review makanan manisan di dalam kereta serta memberi sindiran sinis mengenai risiko penyakit yang bakal dialami pada masa akan datang.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sejujurnya lavashak ni min memang suka, tapi sekali sekala je la kalau nak rasa dan tak ada lah sampai besar ni.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article