KKM Siasat Hospital Swasta Kes Jenazah Bayi Dibeku Dua minggu

LocalPolitics
12 Dec 2024 • 11:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Kesihatan (KKM) menyiasat sebuah hospital swasta di Selangor susulan tular kes seorang bayi yang jenazahnya disimpan selama dua minggu dalam peti sejuk beku akibat kegagalan ibu bapa menjelaskan bil hospital.

Siasat kes jenazah bayi dibeku

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) menjalankan siasatan kes tersebut.

image is not available

Foto: Bernama

“Saya secara jujur mahukan semua pihak bertenang dan mengizinkan untuk pihak berwajib yang menjalankan siasatan termasuk CKAPS pun turun sama (menyiasat).

“Saya menantikan dengan sabar untuk mendapatkan dapatan penuh daripada semua pihak berwajib yang sedang menjalankan siasatan termasuk pihak kami, CKAPS yang telah turun mendekati beberapa pihak terbabit.

“Jadi, saya mahu semua dalam kalangan kita untuk bersikap penuh ihsan, belas kasihan dan menjaga empati kita,” katanya ketika sidang akhbar di Dewan Rakyat semalam.

Dzulkefly berkata, siasatan kisah tular itu tidak mudah kerana mempunyai pelbagai dakwaan sekali gus menasihati semua pihak supaya bersabar.

“Takziah kepada keluarga bayi terbabit dan berharap semua pihak tidak menyebarkan cerita yang belum dipastikan kesahihannya,” ujarnya.

image is not available

Foto: Facebook

Terdahulu, kisah tersebut menjadi perhatian selepas Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Wan Cai berkongsi beberapa hantaran di laman Facebook.

Sumber: Sinar Harian (Farah Shazwani Ali)