“Mohon bertenang semua” – Bekas Menteri Besar Terengganu Nafi Hospital Bersalin Razif Miliknya

Entertainment
12 Dec 2024 • 3:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh mengenai isu jenazah bayi dibekukan, banyak pihak yang kini terkesan dengan isu itu. Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) juga menyatakan mereka akan melakukan siasatan tentang kes itu.

Terbaru, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abd. Rahman terkejut apabila beliau diserang netizen yang menuduh dirinya merupakan pemilik Hospital Bersalin Razif (HBR) yang merupakan lokasi kes tersebut.

image is not available

image is not available

Beliau menjelaskan hospital swasta yang terletak di Klang, Selangor tersebut bukan miliknya walaupun mempunyai persamaan nama dengannya.

“Mohon bertenang semua. Bertalu-talu saya terima mesej dan komen di media sosial, ramai pakat marah saya.

Saya bukan pemilik Hospital Bersalin Razif. Salah orang itu, saya cuma ada Pusat Rehabilitasi Kuala Nerus,” katanya.

Menurut laporan Kosmo!, beliau juga menegaskan beliau tidak memiliki sebarang kepentingan mahupun pemilikan saham dalam mana-mana hospital bersalin setakat ini.

Sebelum ini, tular kisah satu mayat bayi lelaki didakwa ‘ditahan’ dalam peti mayat di sebuah hospital swasta dipercayai selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk menuntut jenazah tersebut.

Sumber: Kosmo!, Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.