KKM siasat kes dua maut akibat keracunan makanan

11 Jun 2024 • 1:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Lukanisman

image is not available
Lukanisman ketika mengadakan lawatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan pada Selasa.

KUANTAN - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat kes keracunan makanan yang mengakibatkan seorang pelajar Tingkatan Lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut pada Isnin.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, perkara itu masih dalam semakan pihaknya.

"Kes ini (insiden berkenaan) akan dijawab oleh (pihak) kesihatan awam dan pihak ibu pejabat (KKM) akan mengeluarkan kenyataan.

"(Namun) perkara itu masih dalam semakan dan siasatan," katanya ketika mengadakan sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.



Kedua-dua mangsa meninggal dunia dua hari selepas dipercayai makan bihun dan telur goreng tercemar itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!