KKM tunggu laporan akhir agensi terlibat operasi insiden nahas pesawat

18 Aug 2023 • 4:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menunggu laporan akhir daripada agensi yang terlibat dalam penyiasatan insiden pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor semalam yang mengorbankan 10 orang.

Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni (gambar) berkata kementerian akan mengumumkan laporan akhir itu sebaik sahaja ia diterima.

“Kementerian sentiasa sedia membantu dalam operasi dan memberi bantuan kepada keluarga mangsa terbabit,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran sambutan ulang tahun ke-10 Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik, Hospital Rehabilitasi Cheras di sini hari ini.

Lukanisman berkata kementerian turut menyediakan perkhidmatan psikososial untuk menenangkan keluarga dan waris mangsa nahas itu.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di lokasi kejadian mengakibatkan 10 individu maut termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved