KKR peruntuk RM293.7 juta bagi Johor untuk penyelenggaraan jalan dan cerun

Politics
20 Feb 2024 • 10:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Kerja Raya (KKR) peruntuk RM293.7 juta bagi Johor tahun ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan, cerun dan bangunan persekutuan.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) pula, terdapat 11 projek diluluskan bagi negeri itu membabitkan kos sebanyak RM 2.14 bilion.

KKR peruntuk RM293.7 juta bagi Johor

image is not available

“Inilah kerjasama baik kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri yang dijalinkan demi memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat Malaysia Madani dijaga sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah hantaran Facebook selepas menerima kunjungan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di ibu pejabat KKR di Kuala Lumpur pada Isnin.

image is not available

image is not available

KKR peruntuk RM293.7 juta bagi Johor sudah tentu beri manfaat rakyat

Nanta berkata, perkara berkaitan infrastruktur jalan persekutuan dan projek pembangunan di bawah KKR yang memberi manfaat kepada rakyat menjadi antara inti pati utama perbincangan.

“Semasa pertemuan, saya turut menyatakan hasrat kepada Kerajaan Negeri Johor untuk memperluas pelaksanaan program MyJalan ke Negeri Darul Ta’zim ini.

“Ibarat langkah kanan, hajat kami disambut baik Menteri Besar Johor. Jadi untuk orang-orang Johor, nantikan MyJalan ke tempat anda,” ujarnya.

image is not available

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapit tersebut mengakui terkesan dengan kata-kata Onn Hafiz “Nyawa orang. Kenapa mengambil masa hampir setahun untuk diselesaikan (jalan rosak)?” yang ditujukan kepada pihak penyelenggaraan.

Onn Hafiz meluahkan kata-kata itu ketika turut padang melihat keadaan jalan di Tanjung Langsat, Pasir Gudang pada Januari lalu selepas menerima aduan rakyat.

“Saya ingat sampai sekarang. Nyawa manusia tiada duanya, maka isu-isu berkaitan keselamatan pengguna jalan raya perlu menjadi keutamaan kita semua,” kata Nanta lagi.