KKR serah cadangan naik cukai kenderaan berat kepada MOT dan MOF

LocalPolitics
28 Jun 2025 • 5:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad (tiga, kiri) bersama pimpinan dan ahli UMNO Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bachok 2025.

BACHOK – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyerahkan cadangan kenaikan cukai terhadap kenderaan berat kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Timbalan Menteri KKR, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya sebelum ini pernah mengusulkan agar semua kutipan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disalurkan kepada kementerian berkenaan supaya dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan prasarana jalan raya.

“Cadangan kenaikan cukai ini kita serahkan kepada dua kementerian itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bachok 2025.

Media sebelum ini melaporkan cadangan Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Law Teik Hua, yang mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan kenaikan cukai ke atas kenderaan yang membawa muatan berat seperti lori dan treler yang menjadi punca utama kerosakan jalan raya serta menggunakan hasil cukai itu bagi membaiki jalan yang rosak.

Teik Hua memaklumkan bahawa cukai tersebut boleh membantu KKR mengimbangi beban kos penyelenggaraan dan baik pulih jalan raya yang dianggarkan mencecah RM4 bilion setahun.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memberitahu bahawa jumlah RM4 bilion itu melibatkan pembaikan jalan raya di seluruh negara.

“Antara masalah utama kita ialah cuaca, terutamanya hujan, dan kenderaan bermuatan lebih yang mengakibatkan jalan cepat rosak dan perlu diturap semula,” katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved