KL antara persinggahan konsert jelajah Asia Incubus tahun depan

Music
9 Dec 2023 • 4:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAHUN 2024 bakal menjadi tahun penuh nostalgik bagi peminat setia rock di era ‘90-an dengan kembalinya Incubus ke Malaysia untuk ‘Asia Tour 2024’ di Mega Star Arena KL pada 27 April.

Ditubuhkan pada 1991, persahabatan mereka sejak di sekolah menengah ini telah mengukir warisan mereka dalam dunia muzik dengan mempamerkan kebolehannya dalam mencampurkan pelbagai genre seperti metal, funk, dan hip-hop dengan lancar.

Kini, Incubus dikenali sebagai kumpulan antarabangsa yang mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih dari 23 juta album terjual di seluruh dunia, dianugerahkan pengiktirafan multi-platinum dan platinum accolades.

Konsert ‘Asia Tour 2024’ Incubus di Kuala Lumpur dibawakan oleh Hitman Solutions.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata sokongan peminat setia kumpulan itu selama lebih dua dekad yang merindui untuk melihat Incubus beraksi semula di Malaysia pentas konsert menjadi faktor utama untuk mereka kembali mengadakan konsert jelajah tahun depan.

“Sebagai peminat rock sendiri, saya sangat teruja untuk mengumumkan usaha konsert ini dengan salah sebuah kumpulan rock antarabangsa yang paling berjaya sepanjang zaman iaitu Incubus, untuk persembahan mereka di Malaysia dalam jelajah Asia 2024.

“Permintaan untuk mereka kembali ke Malaysia begitu ketara, terutamanya ketika kami melihat keterujaan terhadap konsert ini di negara-negara jiran.

“Oleh itu, kami bertungkus lumus demi memuaskan hati peminat ‘rock’ tempatan dengan membawakan mereka untuk menyanyi bersama beberapa lagu klasik seperti Drive, Wish You Were Here, dan kegemaran peribadi saya, Pardon Me,” katanya dalam kenyataan.

Maklumat lanjut, layari www.hitmanlive.com.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.