KL Dilanda Banjir Kilat, 5 Laluan Terjejas

LocalEnvironment
12 Dec 2025 • 7:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat kira-kira pukul 3 petang tadi.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, antara lokasi yang dinaiki air ialah Jalan Yew, Jalan Loke Yew, Jalan Sungai Besi, Jalan Tun Razak dan Jalan Changkat Thambi Dollah.

image is not available

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hampir seluruh negara termasuk Perak, Selangor serta Kuala Lumpur pada petang ini.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya mematuhi arahan keselamatan dari semasa ke semasa serta menyalurkan maklumat kecemasan melalui Talian Kecemasan DBKL 24 jam di Bilik Gerakan Bencana DBKL (03-2617 9862 atau WhatsApp 013-2503 255).