“Dua-dua cakap Melayu” – Pekerja Warga Asing Cerita Tentang Banjir KL, Ditemu Ramah Oleh Mat Salleh

5 Dec 2025 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, jika kita mendengar atau menyaksikan orang bukan Malaysia bercakap dalam Bahasa Melayu, sedikit sebanyak pasti akan rasa bangga.

Baru-baru ini, banjir kilat berlaku di sekitar Kuala Lumpur namun banjir itu surut selepas lebih kurang sejam.

Tular sebuah video di TikTok memaparkan pengguna TikTok @alexey.brock yang merupakan seorang mat salleh menemu rama seorang pekerja warga asing namun kedua-dua mereka berbual dalam Bahasa Melayu.

Artikel berkaitan: Bantuan Dilempar Dari Helikopter, TikToker Indonesia Luah Rasa Kecewa

Artikel berkaitan: Netizen M’sia Kongsi Detik Cemas Terkandas di Hatyai, Berjaya Keluar Dari Banjir Selepas Dua Hari Terputus Hubungan

@alexey.brock

image is not available
image is not availableTitiwangsa flooding cleared surprisingly quickly.. Stay safe semuaimage is not available

Pekerja yang dikenali sebagai Fizan itu mengakui sistem perparitan dan teknologi menghadapi banjir di Malaysia sangat bagus, dia berkongsi dia juga sangat kagum bagaimana air banjir boleh surut dalam masa satu jam sahaja.

Dalam ruangan komen, rata-rata memuji kefasihan kedua-dua individu itu dalam bercakap Bahasa Melayu serta turut bersetuju dengan pekerja itu berkenaan sistem saliran di Malaysia.

image is not available

Semalam, beberapa laluan di pusat bandar ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Klang akibat hujan lebat berterusan sejak petang, namun pada jam 8 malam, banjir difahamkan sudah surut semula.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.