KL Park Festival 2023! Tarikan Baharu Hujung Minggu Ini!

2 Mar 2023 • 5:14 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Tak tahu nak buat apa hujung minggu ni? Jom bawa keluarga, buah hati dn kawan-kawan ke Festival Taman Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Tasik Titiwangsa!

image is not available

Terdapat pelbagai tarikan dan aktiviti menarik menanti anda! Tema pada tahun ini adalah “Laman Seni dan Flora Malaysia” akan mempertontonkan pelbagai bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan rasmi bandar-bandar di Malaysia; dipersembahkan dalam bentuk laman berunsurkan seni.

@muhdazmeer91 Jumpa kat sana oke 4 Mac - 12 mac pukul 9 pagi - 10 mlam banyak aktiviti yg menarik dan hadiah yg lumayan #klparkfestival2023 #tamantitiwangsa #wonderfulworld #fypシ #flower #kl #fyp ♬ What a Wonderful World - Louis Armstrong

Selain itu terdapat 9 Komponen Pertunjukan:

  • Pertandingan Balkoni KL
  • Laman Seni & Flora Malaysia
  • Pertandingan Arca Alam
  • Keajaiban Titiwangsa
  • Laman Kediaman
  • E-Market Place
  • Hab Pelajar
  • Sudut Santai & Lepak
  • Aktiviti Kembara & Lasak

Masuk adalah percuma tau! KL Park Festival bakal berlangsung bermula dari 4 Mac sehingga 12 Mac. Waktu operasi pula bermula dari 9 pagi sehingga 10 malam.