Nak Tambah Ilmu? Jom Tonton 8 Dokumentari Best Di Netflix!

Entertainment
12 Feb 2023 • 1:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang dah mula rasa bosan asyik tengok movie je time hujung minggu? Ha, apa kata korang tonton dokumentari menarik di Netflix pula kali ni.

Barulah boleh tambah ilmu pengetahuan, takde lah asyik borak pasal topik yang sama je bila lepak dengan member kan.

Jadi, jom kami kongsikan lapan dokumentari yang dijamin best di Netflix!

#1 Cunk on Earth

Jika anda gemarkan rancangan dokumentari yang tidak terlalu serius, memang recommended untuk tonton program yang mempunyai lima episod ini kerana ia merupakan sebuah mockumentary (gabungan mock dan dokumentari).

Ia merupakan siri mockumentary tentang sejarah peradaban manusia, jadi anda bukan sahaja boleh belajar tentang sejarah, namun penonton juga akan terhibur dengan cara pengacara ini memberi informasi kepada anda.

Ini kerana pencaranya iaitu ahli komedi, Diane Morgan akan bertanya soalan-soalan yang ‘kurang cerdik’ kepada pakar sejarah dalam setiap episod.

#2 Our Father

Dokumentari bertajuk Our Father ini pula agak disturbing kerana ia menceritakan tentang kisah benar seorang doktor di sebuah klinik kesuburan yang telah menggunakan sperma dirinya sendiri kepada pesakit yang mahukan anak dengan menggunakan khidmat penderma sperma atau melalui IVF tanpa pengetahuan mereka.

image is not available

Perkara itu hanya terbongkar apabila salah seorang daripada anak pesakit tersebut menyedari bahawa dia memiliki lebih kurang 12 orang adik beradik dengan bapa yang sama setelah menjalani ujian DNA pada usia 35 tahun.

#3 Miss Americana

Peminat Taylor Swift pula memang wajib tengok dokumentari tentang kehidupan penyanyi yang popular dengan lagu Love Story ini.

#4 Street Food Asia

Docuseries tentang makanan-makanan di Asia ini pula confirm ramai yang suka kan.

Program dokumentari yang mempunyai sembilan episod ini mengupas tentang makanan-makanan jalanan di Indonesia, Thailand, India, Vietnam, Korea Selatan dan banyak lagi.

Menariknya lagi, ia juga menampilkan kisah tukang masak untuk setiap makanan yang popular di negara-negara tersebut.

Kalau tengok rancangan ni, confirm akan meleleh air liur korang!

#5 Conversations with a Killer: The Ted Bundy Tapes

Untuk anda yang gemarkan dokumentari yang bergenre thriller atau jenayah pula, boleh tonton rancangan yang memaparkan kisah tentang pembunuh bersiri yang pernah menggegarkan Amerika pada suatu ketika dahulu iaitu Ted Bundy.

Untuk pengetahuan semua, Ted Bundy telah menculik, merogol dan membunuh lebih kurang 30 orang wanita pada sekitar tahun 70-an.

#6 Formula 1: Drive to Survive

Peminat siri perlumbaan Formula 1 atau sukan permotoran memang wajib tengok siri dokumentari ini.

image is not available

Ia akan membawa penonton ke belakang tabir bagaimana sesebuah perlumbaan F1 itu dijalankan.

#7 Born in Gaza

Dokumentari yang berdurasi selama lebih kurang satu jam ini pula menceritakan tentang bagaimana peperangan telah mengubah kehidupan 10 orang kanak-kanak Palestin.

#8 Seaspiracy

Dokumentari tentang alam sekitar ini pula akan membantu anda untuk lebih memahami tentang kesan industri perikanan terhadap kehidupan marin.

image is not available

Boleh tonton dulu trailer dokumentari ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.