KL Tower International Jump kembali dianjurkan

4 Feb 2023 • 6:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aksi berani dua peserta sukan lasak melakukan terjunan pada acara tahunan 'Kuala Lumpur Tower International Jump 2023 di Menara Kuala Lumpur hari ini - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Selepas tiga tahun peganjuran ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 acara Kuala Lumpur Tower International Jump Malaysia (KLTIJM)  yang memasuki tahun ke-20 tahun ini kembali dianjurkan pada Jumaat.

Lebih 140 penerjun tempatan dan antarabangsa bakal mempamerkan aksi masing-masing dari ketinggian 300 meter di Sky Deck, Menara KL.

Acara itu akan diadakan selama tiga hari, lapor Agensi Anadolu.

Sebagai ikon dan mercu tanda terkenal yang diiktiraf dunia, Menara KL menawarkan pelbagai pengalaman menarik dan unik kepada pengunjung selain pakej istimewa ‘Sitting on The Edge’.

Sempena acara itu, pengunjung yang mendapatkan pakej itu dibenarkan duduk dekat dengan Sky Deck, tempat penerjun memulakan terjunan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved