Klang catat IPU 194, antara 35 kawasan udara tidak sihat

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 3:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Klang catat IPU 194, antara 35 kawasan udara tidak sihat

PETALING JAYA – Sebanyak 35 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Klang, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi setakat pukul 2 petang hari ini.

Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar Malaysia (MyEQMS), Klang merekodkan IPU 194, diikuti Johan Setia, Selangor (192) dan Nilai, Negeri Sembilan (191).

Turut mencatatkan bacaan tinggi ialah Seremban, Negeri Sembilan serta Batu Pahat dan Larkin di Johor, masing-masing dengan IPU 183, manakala Pasir Gudang merekodkan IPU 182.

Di Selangor, Shah Alam mencatatkan IPU 181, Banting (173), Petaling Jaya (169) dan Kuala Selangor (160).

Sementara itu, Bukit Rambai, Melaka merekodkan IPU 181, diikuti Tangkak, Johor (179), Putrajaya dan Bandaraya Melaka masing-masing 177 serta Alor Gajah, Melaka (176).

Port Dickson, Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan 175, Tanjung Malim, Perak (173), Cheras, Kuala Lumpur (171) dan Seri Manjung, Perak (170).

Bacaan IPU di Kluang pula berada pada 166, Pengerang (164), Batu Muda, Kuala Lumpur dan Segamat masing-masing 163, manakala Kota Tinggi mencatatkan 157.

Di Pahang, Temerloh merekodkan IPU 157, Rompin dan Jerantut masing-masing 153 serta Indera Mahkota, Kuantan pada 144.

Pegoh Ipoh, Perak dan Samarahan, Sarawak masing-masing merekodkan IPU 151, manakala Tasek Ipoh mencatatkan bacaan 148 dan Kemaman, Terengganu (142).

IPD Serian, Sarawak pula merekodkan IPU 112, sementara Sandakan, Sabah berada pada paras 108.

Sementara itu, sebanyak 33 kawasan lagi berada pada tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.-KOSMO! ONLINE

The post Klang catat IPU 194, antara 35 kawasan udara tidak sihat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved