Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway

LocalPolitics
8 Nov 2024 • 9:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, dekat sini, semalam - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung mayat lelaki yang tidak berbaju dan berseluar jeans biru itu sekitar jam 10.25 malam.

"Terdapat beberapa tatu pada mayat tersebut iaitu di leher kiri berbentuk bintang, di lengan kiri bertulis "no money no honey”, di pergelangan tangan kiri berbentuk pisau dan di bahu kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada dokumen pengenalan diri dijumpai dan bedah siasat telah dijalankan namun punca kematian masih dalam siasatan.

"Kes disiasat di bawah laporan mati mengejut oleh Ketua Polis Balai Bandar Sunway ASP Kwek Kian Yap,” katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara mara atau kenalan boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk membantu siasatan dan mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, diminta menghubungi Sarjan Mohd Zaidi Janai di talian 016-2153961 atau 03-7862 7222. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved