SHAH ALAM, 2 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 2 petang ini.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di Putrajaya serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Johor.
MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
The post Klang, Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 2 petang appeared first on Selangorkini.



