KLCC, Menara KL, TRX ‘ghaib’

LocalEnvironment
5 Sep 2026 • 8:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KLCC, Menara KL, TRX ‘ghaib’

PETALING JAYA – Pemandangan beberapa mercu tanda ikonik ibu negara yang ‘hilang’ daripada pandangan akibat jerebu mencetuskan keresahan dalam kalangan warga kota hari ini.

Keadaan itu dikongsikan pengguna Threads, @Adiazwari_ yang memuat naik beberapa keping gambar dari Sentul sekitar pukul 2.37 petang menyaksikan bangunan pencakar langit hampir tidak kelihatan.

Image from: KLCC, Menara KL, TRX ‘ghaib’
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Adiazwari_ di laman Threads.

“KLCC, KL Tower, TRX semua tak nampak langsung. Tolong jangan keluar rumah tanpa pelitup muka, jerebu teruk ini. “Kita jaga kita,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @Bukanceema turut berkongsi situasi hampir sama dari Jalan Kuching apabila mendakwa Menara Berkembar Petronas (KLCC) sudah tidak kelihatan dari pandangannya sekitar pukul 4.42 petang.

“Teruknya. Bila entah nak habis? Pukul 4.42 petang, KLCC dah tak nampak langsung,” katanya.

Sementara itu, @Aliffsaifuddin__ turut meminta orang ramai yang bekerja di bangunan tinggi sekitar TRX, KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Menara 118 berkongsi keadaan pandangan dari lokasi masing-masing.

Bagaimanapun, berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Batu Muda, Kuala Lumpur merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 97, iaitu pada tahap sederhana.

Namun, beberapa kawasan lain di seluruh negara merekodkan tahap tidak sihat termasuk Banting, Selangor dengan IPU 135; Putrajaya (153); Nilai, Negeri Sembilan (158); Bukit Rambai, Melaka (159) serta Kota Kinabalu, Sabah (159).

Keadaan lebih buruk direkodkan di Sarawak apabila Sri Aman mencatatkan IPU 232, diikuti Samarahan (209) dan Bintulu (208), sekali gus berada pada kategori sangat tidak sihat.

Beberapa kawasan lain di Sarawak turut berada pada tahap tidak sihat antaranya ILP Miri dan Mukah masing-masing dengan bacaan 190, Miri (183), Sarikei (181) serta Sibu (177). – KOSMO! ONLINE

The post KLCC, Menara KL, TRX ‘ghaib’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved