KLCI tembusi paras 1,700 mata sejak 2019, bukti sentimen pasaran semakin positif - Maybank IB

LocalBusiness & Finance
14 Jan 2026 • 10:06 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KLCI tembusi paras 1,700 mata sejak 2019, bukti sentimen pasaran semakin positif - Maybank IB image is not available hamden14/01/2026 - 10:06 Gambar DagangNews/Mohd Naim Aziz Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR  14 Jan– Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya menembusi paras psikologi 1,700 mata, satu tahap yang kali terakhir dicapai pada tahun 2019, mencerminkan sentimen pasaran yang semakin positif.

 

Pada penutupan dagangan semalam , KLCI meningkat 12.76 mata atau 0.75% untuk berakhir pada 1,708.24 mata, didorong oleh kenaikan meluas merentasi kaunter utama dengan 17 saham komponen mencatatkan keuntungan.

 

Menurut Maybank IB, kenaikan pasaran sekali lagi diterajui oleh saham perbankan utama, dengan CIMB muncul sebagai antara penyumbang terbesar, diikuti Tenaga Nasional dan YTL Corporation.

 

Lebar pasaran kekal positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan nisbah 556 berbanding 548, mencerminkan penyertaan pasaran yang lebih seimbang.

 

"Walaupun beberapa sektor telah berada dalam zon terlebih beli, terdapat sektor tertentu yang mula menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan dan momentum bullish yang berpotensi mengejar rali pasaran yang lebih luas.

 

"Antara sektor yang diberi perhatian ialah Indeks Produk Perindustrian, yang kini menghampiri paras penembusan bullish," katanya dalam analisis saham hari ini.

 

Maybank IB berkata, dalam konteks ini, KGB dikenal pasti sebagai antara kaunter yang berpotensi dan diketengahkan sebagai cadangan belian teknikal bagi dagangan jangka pendek.

 

Dari sudut teknikal, penganalisis menjangkakan KLCI akan bergerak dalam julat 1,700 mata hingga 1,720 mata dalam tempoh terdekat, dengan paras sokongan utama kekal pada 1,640 mata dan 1,600 mata- DagangNews.com

Terkini featured standard