#KLFW2022 Kembali Bergaya Di Pavilion KL

Women's Fashion
16 Aug 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Andrew (tujuh kiri) berkata #KLFW tidak akan terjadi jika tiada sokongan daripada para penaja. - Gambar oleh Syeda Imran

Setelah membuat kemunculan kembali penuh gaya pada tahun lalu, Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (#KLFW2022) bakal berlangsung sekali lagi di Pavilion KL pada 17 hingga 21 Ogos 2022.

Menampilkan lebih 40 pereka fesyen tempatan, acara kali ini dianjurkan bagi meraikan ulang tahun ke-10 persada pentas fesyen yang satu ini.

Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week (#KLFW), Andrew Tan mengakui dia menanggung risiko yang sangat besar semasa memulakan #KLFW pada 2013.

image is not available
Andrew Tan

“Saya pernah bekerjasama dengan pelbagai organisasi berkaitan dengan Minggu Fesyen dan saya berasa sangsi dengan manfaat yang bakal diperolehi pereka-pereka fesyen tempatan.

“Namun, saya mempunyai visi yang sangat berbeza untuk #KLFW,” ucap Andrew semasa ditemu ramah di majlis pelancaran #KLFW di sebuah hotel di ibu negara.

Menurut Andrew, terdapat tiga visi utama yang dititikberatkan semasa menganjurkan #KLFW. Pertama, ‘Memupuk minat yang mendalam dalam industri fesyen tempatan’.

Kedua, ‘Membawa konsep sedia-pakai (RTW) sebagai model perniagaan’ dan ketiga, ‘Untuk berkongsi pengetahuan dan kenalan sebagai kelangsungan industri fesyen Malaysia’.

“Saya berbangga #KLFW berjaya mencapai ketiga-tiga visi ini dan 2022 telah menjadi tahun ke-10 ulang tahun kami. Ia merupakan penutup yang baik untuk babak fesyen tempatan,” jelasnya.

image is not available
Awal Ashaari dan Scha Alyahya hadir di majlis Pelancaran Kuala Lumpur Fashion Week. - Gambar oleh Syeda Imran

Andrew menambah pentas fesyen gah yang berlangsung di tengah-tengah ruang legar pasar raya berprestij itu tidak akan terjadi jika tiada sokongan daripada para penaja.

“Setiap satu daripada mereka menawarkan sesuatu yang unik, mentransformasikan cara bekerja dan menggunakan teknologi yang relevan dengan keadaan semasa,” tambah Andrew.

Penaja-penaja utama pada tahun ini termasuklah AmBank, Samsung, Vespa, Isuzu, Poh Kong, Moccona, AirAsia, TimedotCom, Brandvision dan Shu Uemura. - Getaran, 16 Ogos 2022