
RANAU: Seramai 120 pelajar dari seluruh daerah menyertai Klinik Asas Bola Sepak selama dua hari di bawah bimbingan bekas Pemain Negeri Sabah yang diadakan di sini baru-baru ini.
Program yang diterajui penyerang lagenda Sabah, Datuk James Wong itu turut membariskan pemain yang sangat popular pada era 90-an seperti Yap Wai Loon, Harun Laban, Henry Anjun, Gerald Mojilu, dan beberapa lagi bekas pemain negeri.
Program yang diadakan di SMK Lohan itu melibatkan 40 pelajar perempuan dan 80 pelajar lelaki dari empat sekolah iaitu SMK Ranau, SMK Mat Salleh, SMK Lohan, dan SMK Kundasang.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pengerusi Pasukan Klasiko Ranau yang juga Penyelaras Program Zon Ranau, Romzie @ Likad Muhamad berkata Klinik Asas Bola Sepak itu diadakan bagi mencungkil bakat untuk dinaikkan ke peringkat lebih tinggi.
“Kami sentiasa berusaha mencari remaja lelaki dan perempuan yang berbakat dari umur 13-15 tahun yang dilihat mempunyai minat dan bakat tinggi dalam sukan ini.
“Kami berharap melalui penganjuran acara seperti ini, ia akan membuka peluang kepada sesiapa yang mempunyai impian menjadi pemain bola sepak yang baik untuk tampil menunjukkan kemampuan.
“Program ini juga akan terus diadakan pada masa hadapan dengan lebih ramai penyertaan daripada kumpulan sasar dan pada masa sama mengenal pasti pemain berpotensi di daerah ini,” katanya.
Sebagai perancangan masa depan, Romzie berkata pemain berbakat akan dipanggil menyertai latihan di Kota Kinabalu dan seterusnya akan dibentuk untuk peringkat lebih tinggi.
Romzie merakamkan ucapan tahniah dan syabas terutama kepada semua pelajar yang telah menghadiri program yang jarang diadakan di sini dan berharap mereka menimba pengalaman berharga melalui program tersebut.
Romzie turut mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur, khususnya kepada bekas pemain negeri yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan pengalaman bagi menjayakan program tersebut.

