Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa terbakar 80%, empat bilik musnah

13 Apr 2023 • 9:27 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini terbakar 80 peratus akibat kebakaran empat buah bilik dalam kejadian pada pukul 12.26 tengah malam, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa PKPgB Alam Nasut Ilias berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi pada 12.33 tengah malam dan mendapati empat buah bilik iaitu bilik pemandu ambulans serta tiga bilik pemeriksaan doktor (pesakit luar) di klinik kesihatan berkenaan hangus dijilat api.

“Seramai 17 anggota termasuk bantuan daripada BBP Kota Bharu terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.18 pagi tadi,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata tiada mangsa terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan. -Bernama