

Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak lebih 13 kilometer (km) sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur petang tadi ekoran pertambahan kenderaan berikutan orang ramai pulang dari kampung.
Menerusi perkongsian di aplikasi X Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), trafik turut dilaporkan sesak lebih 14 km dari Karak sehingga Plaza Tol Bentong menghala ke ibu kota.
Turut dilaporkan sesak lebih 4 km dari Plaza Tol Bentong menghala ke Lentang.
“Trafik juga sesak 3.1 kilometer dari KM 43.2 menghala ke KM 40.1 berdekatan Bukit Tinggi,”katanya.
Ketika ini, trafik di LPT1 dan LPT2 dilaporkan sudah lancar.

![Niat Asal Nak ‘Ajar’ Pemandu Salah Guna Lorong Kecemasan, Tindakan Dua Rider Ini Cetus Debat [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)