

Klook Meraikan Pengembaraan 10 Tahun Dengan Jualan Percutian Terbesar Dekad Ini
Kuala Lumpur, 1 Oktober 2024 – Klook, platform terkemuka untuk tempahan pelancongan dan pengalaman, kini meraikan ulang tahun ke-10 dengan mengetengahkan inovasi, pertumbuhan, dan komitmen berterusannya untuk mencipta pengembaraan yang tidak dapat dilupakan.
Ditubuhkan pada 2014, Klook yang bermula sebagai sebuah syarikat permulaan kecil kini telah berkembang menjadi sebuah platform global yang menawarkan lebih daripada setengah juta pengalaman pelancongan ke lebih daripada 100 bandar di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 140 juta tempahan perjalanan dan 70 juta lawatan bulanan ke platformnya, Klook kini telah menjadi satu elemen penting dalam cara pelancong menerokai dunia.
“Menjelang detik ulang tahun ke-10 yang istimewa ini, kami sedar bahawa perjalanan Klook masih baru sahaja bermula. Komitmen kami untuk mencipta pengalaman pelancongan yang menggembirakan dan lancar akan terus berkembang, dan kami cukup teruja apabila memikirkan tentang masa depan pelancongan—bukan sahaja di peringkat global, tetapi juga di dalam negara,” kata Sarah Wan, Pengurus Besar Malaysia, Singapura, dan Indonesia.
“Kami akan terus berinovasi, berkolaborasi, dan meningkatkan pengalaman pelancongan pada masa depan. Kami berdedikasi untuk membina hubungan yang lebih kuat antara pelancong dan komuniti tempatan, memacu pelancongan yang mampan, dan mencipta masa depan di mana setiap perjalanan dapat menjadi satu gerakan ke arah kebaikan.”

Raikan ulang tahun ke-10 Klook dengan jualan ulang tahun terbesarnya setakat ini. Dari 3 Oktober hingga 13 November 2024, pelancong boleh menikmati lebih daripada 2,000 tawaran pelancongan! Ini merupakan jumlah tawaran terbesar daripada Klook yang juga akan membawa tawaran eksklusif dan ‘Pengalaman Tidak Ternilai’ baharu.
Nikmati diskaun istimewa sehingga 50% untuk pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti lawatan, aktiviti, penginapan, dan pengangkutan di destinasi kegemaran anda seperti Jepun, Thailand, Taiwan, Eropah dan banyak lagi.
Pengguna juga boleh menantikan tawaran mingguan dengan produk beli-1-percuma-1, tawaran musim yang menampilkan pengalaman terbaik musim luruh dan musim sejuk di Jepun, serta produk eksklusif daripada Klook. Ini adalah peluang terbaik untuk menempah percutian impian anda pada harga yang pasti tidak dapat ditandingi.
“Ulang tahun kami kali ini meraikan perjalanan kami dan menjadi bukti komitmen kami untuk menyediakan pengalaman pelancongan yang tidak dapat dilupakan. Kami gembira untuk memberikan ganjaran kepada pengguna kami melalui tawaran hebat dan pengembaraan eksklusif,” kata Rachel Tan, Pengarah Pemasaran Klook Malaysia.

5 Sorotan Utama Sambutan Ulang Tahun ke-10 Klook
- Pengalaman Tidak Ternilai Eksklusif (MCBE) Alami perjalanan di luar kebiasaan dengan tawaran MCBE unik kami yang menampilkan penginapan mewah dan pengembaraan sekali seumur hidup. Nikmati aktiviti seperti meluncur salji di Switzerland dan menjadi doktor haiwan di Mandai Wildlife Reserve. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Oktober.
- eSIM Percuma untuk Ahli Klook agar anda dapat terus berhubung semasa melancong. Nikmati sehingga 3GB data dengan pengaktifan dalam aplikasi yang mudah untuk liputan tanpa gangguan di lebih daripada 200 destinasi.
- Ganjaran Media Sosial bagi Ulang Tahun ke-10: Sertai sambutan ini dan menangi hadiah menarik, termasuklah hadiah utama penginapan 4H3M di IT’S THE SHIP. Ikuti @klookmy dan rakan kongsi kami, ucapkan “Happy Birthday Klook” dan beritahu kami dalam maksimum 10 patah perkataan mengapa anda patut menang. Tag seorang rakan untuk kongsikan kegembiraan. Seorang pemenang akan dipilih setiap hari, dengan hadiah bernilai sehingga RM7,000 untuk dimenangi.
- Jualan 10.10 menampilkan tawaran Beli-1-Percuma-1 (B1F1) untuk Universal Studios Japan dan banyak lagi! Nikmati tawaran kilat yang menarik dan jimat sehingga 15% dengan kod promo di seluruh laman web.
- Promo Upsize Kejutan dengan kod promo tambahan yang menawarkan penjimatan lebih besar dalam tempahan perjalanan anda.
Lampiran: Enam ‘Pengalaman Tidak Ternilai’ Baharu yang diumumkan, tambahan kepada senarai pengalaman awal:
- Tidur di Bawah Bintang di Padang Pasir Kaca Dubai: Alami penginapan mewah di kubah kaca di Al Marmoom Oasis. Nikmati pengalaman menunggang unta, melihat hidupan liar, dan memerhati bintang dengan ahli astronomi pakar, dilengkapi dengan satu jamuan yang menerima anugerah Michelin.
- Mencari Cendawan di Pergunungan Swiss: Sertai pengembaraan 3 hari di Saas-Fee, Switzerland. Ikuti pencarian cendawan bersama pakar, nikmati jamuan raclette, dan makan di restoran berpusing tertinggi di dunia, dengan penginapan 3H2M di perkampungan yang indah.
- Seoul Searching OPPAS: Sehari Bersama Wild Wild Hotties Korea: Ikuti lawatan eksklusif bersama ‘Wild Wild Hotties’ Korea di Seoul. Mulakan pengembaraan anda dengan majlis pertabalan mendebarkan yang dijalankan oleh penari-penari sendiri, dan diteruskan dengan lawatan ke mercu tanda ikonik bandar serta lokasi tersembunyi sambil mendengar kisah peribadi serta pandangan daripada mereka.
- Hidupkan Kod Samurai: Kuasai Bushido di Pertengahan Tokyo: Kembali ke zaman samurai dengan satu pengalaman yang diperibadikan. Pelajari seni tempur katana, berpakaian seperti samurai tradisional, dan makan bersama seorang sensei terkenal sambil mendalami budaya samurai.
- Urban Surf & Turf: Nikmati Ombak Pantai Peribadi dan Berlari di Bawah Cahaya Bulan: Siap sedia untuk percutian VIP 2H1M eksklusif di Sunway Lagoon yang penuh dengan aksi. Nikmati keseronokan meluncur dan cahaya matahari, lengkap dengan sesi luncur peribadi bersama peluncur profesional, Helmi Jasni di Diamond Wave.
- Jamuan di Atas Awan: Pemandangan Matahari Terbenam dan Alunan Lagu di Bali: Capai impian anda di awan bersama Lounge in the Sky, satu-satunya “restoran terbang” di Bali, di mana hidangan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan. Nikmati hidangan pada ketinggian 50 meter dari tanah dengan pemandangan indah, persembahan muzik secara langsung, dan urutan santai sebelum anda terbang ke udara untuk nikmati pengalaman yang pasti memukau.

Untuk menyertai, pengguna boleh melawat Klook dan mendaftar minat mereka untuk ‘Pengalaman Tidak Ternilai’ yang dipilih. Peserta digalakkan untuk berkongsi kisah peribadi mereka, mengapa mereka adalah peminat terbesar, atau bagaimana pengembaraan ini selari dengan aspirasi mereka. Penyertaan ditutup pada 31 Oktober dan Klook akan mengumumkan pemenang dalam masa sebulan.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari https://www.klook.com/en-MY/tetris/promo/my-klookturns10/
The post Klook Meraikan Pengembaraan 10 Tahun Dengan Jualan Percutian Terbesar Dekad Ini appeared first on Siakap Keli.


