KLSCAH: Kerajaan digesa perjelas asas pengurangan premium tanah RM4.67 juta kepada RM1,000 - Peguam

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 5:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: KLSCAH: Kerajaan digesa perjelas asas pengurangan premium tanah RM4.67 juta kepada RM1,000 - Peguam
Kerajaan digesa memperincikan asas undang-undang, kaedah penilaian serta justifikasi di sebalik keputusan memberikan pengurangan premium tanah daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 bagi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memperincikan asas undang-undang, kaedah penilaian serta justifikasi di sebalik keputusan memberikan pengurangan premium tanah daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 bagi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kerajaan perlu tampil memberikan penjelasan berhubung pelepasan premium tanah bernilai jutaan ringgit itu yang dibuat atas alasan pemeliharaan bangunan warisan dan perubahan status tanah.

Beliau mempersoalkan kemudahan kerajaan meluluskan pelepasan dalam jumlah yang besar itu, sambil menegaskan bahawa dana awam bukanlah hak milik mutlak mana-mana pihak untuk diagihkan tanpa penjelasan munasabah.

"RM4.67 juta boleh menjadi RM1,000 sahaja. Begitu mudahkah kerajaan memberikan pelepasan premium tanah bernilai jutaan ringgit?

ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Yeoh jawab isu premium tanah KLSCAH RM1,000

'KLSCAH sudah berstatus warisan, hak pembangunan apa dilepaskan?' - Akmal Saleh

Ridhuan Tee persoal keistimewaan, premium tanah dewan perhimpunan turun kepada RM1,000

"Atas alasan pemeliharaan bangunan warisan dan perubahan status tanah, kerajaan perlu menjelaskan apakah asas undang-undang, kaedah penilaian dan justifikasi pengurangan yang begitu besar.

"Wang jutaan ringgit bukan wang milik mana-mana pemimpin untuk diberikan sesuka hati," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.

Mengulas lanjut, Zainul Rijal turut membangkitkan persoalan sama ada pertubuhan atau institusi lain yang memiliki bangunan berstatus warisan akan diberikan layanan serta kelonggaran yang sama pada masa hadapan.

Menurutnya, sekiranya dasar itu terpakai kepada semua pihak, kerajaan wajar menyatakan kriteria kelayakan secara jelas bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

"Jika tidak, apakah yang menjadikan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor begitu istimewa? Jangan sampai dasar kerajaan dilihat mengamalkan dua darjat.

"Ketelusan tidak boleh menjadi pilihan, apatah lagi apabila melibatkan hasil tanah dan kepentingan awam," tambahnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved