
Perjalanan lengang dan singkat di sekitar Kluang tanpa perlu berdepan kesesakan lalu lintas teruk seperti di bandar besar, membolehkan penduduk di sini menikmati rutin seharian yang tenang.
Pengiktirafan sebagai antara 10 Bandar Bahagia pada 2022
"Kluang sangat bagus, aman, kemudahan juga dekat. Mahu ke mana-mana lima hingga 10 minit sahaja sudah sampai, jadi tidak tempuh kesesakan dan tiada tekanan yang teruk... Harapnya (dengan) duduk di sini, umur boleh panjang kerana hati sangat tenang.
Lokasi selamat, kos sara hidup berpatutan
"Alhamdulillah, ada rezeki beli tanah dan perlahan-lahan kami membina rumah dan akhirnya membesarkan lima anak di sini.
"Kehidupan dari dulu sampai sekarang semuanya tiada masalah. Cukup makan, cukup pakai orang kata. Di sini, hendak dikatakan terlalu kampung tidak, bandar besar sangat pun tidak. Tetapi cukup sederhana pada saya," katanya.
Kehidupan harmoni
"Di sini Melayu, Cina dan India boleh duduk bersama-sama, usik-mengusik. Di kedai kopi pun boleh lihat kami bergaul. Apabila sakit, ada yang bertanya khabar. Tidak segan untuk minta tolong daripada jiran-jiran jika diperlukan kerana kita juga sentiasa bersedia membantu setiap kali diminta.


