“Ko bawak Myvi kak” – Wanita Terpaksa Redah Jalan Berlumpur Sebab Guna Waze

Entertainment
4 Jun 2024 • 3:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkara biasa bagi sesetengah individu yang menggunakan kemudahan aplikasi navigasi di telefon pintar bagi memudahkan perjalanan ke sesuatu tempat terutamanya jika mereka tidak biasa atau tidak pernah ke tempat yang ingin dituju.

Pun begitu, di sebalik kecanggihan aplikasi navigasi masa kini pasti ada kelemahan yang penggunanya perlu hadapi.

Waze bagi jalan berlumpur!

Satu pengalaman mencabar dilalui oleh @kunyahan_ di TikTok, apabila dia terpaksa meredah jalan yang berlumpur untuk pergi ke sebuah majlis gara-gara menggunakan aplikasi Waze.

Menerusi video yang dikongsi, wanita tersebut dan rakannya telah berhenti di sebuah kawasan berlumpur tanah merah sebelum tayar kereta Perodua Myvi yang dipandu tidak dapat bergerak disebabkan tersekat pada lopak air.

Waze buat hal… jalan apa ni? Dah macam offroad di Jogja.

Mereka yang menggunakan aplikasi Waze untuk ke majlis terpaksa menolak kereta tersebut sebelum ianya boleh dipandu seperti biasa. Bagaimanapun, mereka nampak takut dengan keadaan tersebut namun masih mampu bergelak ketawa seperti tiada apa yang terjadi.

Redah jalan sampai ke majlis

Walaupun dapat melalui kawasan tersebut, kelihatan sedikit air lumpur telah masuk ke dalam kereta yang dipandu. Mereka juga masih lagi melalui jalan tanah merah itu namun lebih berhati-hati bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

image is not available
Sumber: tiktok

Setelah melalui kawasan tersebut, mereka berjaya sampai ke destinasi dan terus menjamu selera bersama-sama.

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet terhibur melihat gelagat dua orang wanita itu kerana berani meredah jalan seperti itu walaupun hanya menaiki Myvi.

image is not available

image is not available

Kelakar min tengok reaksi diorang.. yang penting masing-masing selamat!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.