“Ko Ni Makin Hari Makin Pelik La” – Menayang Ketiak Di Instagram, Peminat Mahukan Mierul Aiman Yang ‘Dulu’

17 May 2023 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon baru yang namanya semakin meningkat naik, Mierul Aiman telah mencuri perhatian warga maya apabila dia ada memuat naik foto untuk kempen model sebuah jenama terkenal.

Dalam foto tersebut, juara Hero Remaja 2021 ini dilihat memuat foto dia menjadi model untuk muka depan majalah ‘Glam Lelaki’ dengan fesyen terbaru buat tatapan peminat.

Namun begitu, perkongsian tersebut telah membuatkan peminat Mierul sedikit kecewa kerana gaya pelakon drama High Council itu yang didakwa seperti menyimpang dan feminin.

Kata peminat, Mierul kini sudah berubah dan mengecam ‘stylist’ yang menggayakan pelakon itu dalam penerbitan majalah berkenaan.

Bang, ko ni makin hari makin pelik la.

Siapa stylist dia, buruk! Budak Mierul ni elok keras, kau stailkan dia jadi gayah macam kau.

image is not available 6 jam lalu

"Ayah Saya Dah Ceraikan Dia" - Fyna Jebat Diceraikan?