“Patutlah Beraya Dekat Genting..” – Intan Saleh Beraya Di Rumah Bekas Ibu Mentua, Netizen Petik Nama Isteri Ude?

17 May 2023 • 12:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biarpun sudah bercerai dengan bekas suami, Ude, personaliti media sosial iaitu Intan Saleh masih mempunyai hubungan baik dengan bekas ibu mentuanya dan kelihatan beraya bersama-sama pada tahun ini.

Baru-baru ini, Intan ada memuat naik foto beraya bersama keluarga bekas suami, Ude dan hal itu sememangnya mencuri perhatian netizen.

Melalui perkongsiaan tersebut, Intan menyatakan bahawa baru berkesempatan untuk berjumpa dan gembira bekas ibu mentua menyediakan makanan kesukaannya ketika beraya bersama.

Hantaran tersebut menjadi perhatian netizen dan rata-ratanya memetik nama isteri Ude iatu Izreen Azminda di ruangan komen posting berkenaan.

Dakwa netizen, posting foto itu pasti akan membuat pihak sebelah berasa ‘panas’.

image is not available

image is not available

image is not available

Bukan saja netizen beranggapan pihak sana akan ‘meroyan’ setelah melihat hantaran tersebut tetapi ada juga persoalkan keberadaan pihak sebelah yang tidak beraya bersama ibu mentua.

image is not available 1 tahun lalu

"Belum Selesai Lagi" - Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Haramkan 'Post' Gambar Anak Di IG