Kobo Clara Colour Berwarna Putih Kini Di Malaysia – Pembaca Ebuku Dengan Skrin Berwarna Pada Harga RM799

Digital
10 Sep 2025 • 3:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rakuten Kobo kini membawa masuk satu lagi pembaca ebuku terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Kobo Clara Colour, dalam pilihan tubuh berwarna putih. Kobo Clara Colour ini menyertakan skrin berwarna, selain turut mengekalkan ciri memberikan keselesaan di mata ketika membaca.

image is not available

Kobo Clara Colour menawarkan skrin bersaiz 6-inci, sekaligus memberikan keselesaan ketika menggunakannya dalam membaca. Ia dilengkapi paparan e-ink Kaleido 3, selain turut menawarkan sokongan boleh melaraskan tahap kecerahan dan suhu ketika membaca.

Kobo Clara Colour turut menyertakan ciri integrasi OverDrive bagi memudahkan pengguna mengakses buku dari perpustakaan secara digital, selain ia turut hadir dengan sokongan kalis air.

Di Malaysia, Kobo Clara Colour ini ditawarkan pada harga RM799, dan boleh dibeli bermula 23 September 2025 kelak.