Kod promosi RM10 galakkan pengunjung bazar Rahmah bayar tanpa tunai

12 Apr 2023 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kod promosi bernilai RM10 diedarkan kepada 1,000 pengunjung bazar Ramadan Rahmah Seksyen 19 di sini bagi menggalakkan bayaran tanpa tunai dalam urusan jual beli.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Dr Nor Fuad Abdul Hamid berkata inisiatif dengan kerjasama Maybank memerlukan orang ramai menebusnya melalui aplikasi Maybank2u.

“Pengunjung akan dapat diskaun dengan kod promosi itu. Selain menggalakkan budaya tanpa tunai, ia juga menjamin kebersihan ketika urusan pembelian,” katanya ditemui selepas mengedarkan kod tersebut berserta 600 pek bubur lambuk hari ini.

Beliau yang ditemui di sini menambah program itu sejajar komitmen MBSA untuk mencapai matlamat pembangunan mampan, iaitu sifar kemiskinan dan kelaparan serta bandar komuniti mampan.

Melalui kod promosi berkenaan, setiap pelanggan MAE QR menikmati diskaun RM5 dengan pembelian minimum RM6 apabila mereka menggunakan kod promosi di gerai yang mengambil bahagian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved