Jualan meningkat kerana 'Baju Raya Rahmah'

9 Apr 2023 • 7:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Orang ramai berpusu-pusu membeli baju raya dengan harga murah sebanyak RM30 sepasang untuk dewasa dan kanak-kanak ketika pelancaran Kempen "Klasiknya Raya” di MYDIN Subang Jaya. - Foto Bernama.

SHAH ALAM - Jualan persiapan menyambut Aidilfitri di pasar raya terkemuka dan gedung tekstil merekodkan peningkatan antara 20 hingga 30 peratus setakat dua minggu pertama Ramadan kali ini ekoran adanya promosi Jualan Rahmah yang menyaksikan harga baju raya dijual lebih murah berbanding tahun lalu.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya itu mencatatkan peningkatan jualan hingga 20 peratus bagi kesemua persiapan Syawal terutama bagi baju raya selepas kempen Jualan Rahmah dilancarkan sejak 15 Mac lalu.

"Menerusi Jualan Rahmah kita menyediakan keseluruhannya sebanyak 40,000 pasang baju Melayu dewasa, baju Melayu kanak-kanak, baju kurung dewasa dan baju kurung kanak-kanak dengan harga cuma RM30 sepasang selain turut menyediakan 30,000 tudung dengan harga RM5 sehelai sahaja.

Baca berita penuh di Sinar Premium.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved