Kogi Sah Diikat Chungbuk Cheongju FC

12 Jan 2023 • 10:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kogi sah diikat Chungbuk Cheongju FC

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, R. Kogileswaran, sah diikat kelab daripada Liga Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC, hari ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj menerusi laman Instagram rasminya.

Kogileswaran yang turut dikenali sebagai Kogi dimaklumkan mengikat kontrak selama setahun bersama kelab yang bermain di liga divisyen dua (K2) negara itu.

Beliau yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Singapura, Tampines Rovers namun memilih Liga Korea sebagai destinasi utamanya.

Pemain berusia 24 tahun itu sekali gus menjadi pemain kedua dari rantau Asia Tenggara dalam saingan K2 di mana sebelum ini ketua pasukan skuad kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam, beraksi bersama Ansan Greeners FC

Sumber: BERNAMA