Kojima Productions Lancarkan Pemain CD Lutsinar Death Stranding 2

GamingDigital
4 Aug 2026 • 10:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kojima Productions Lancarkan Pemain CD Lutsinar Death Stranding 2

Sony sedang berhadapan amarah golongan gamer selepas mereka mengumumkan permainan fizikal dalam bentuk cakera akan dihentikan bermula Januari 2028. Selepas tarikh tersebut, semua permainan PlayStation akan hanya dijual dalam bentuk digital. Tindakan Sony ini turut menyedihkan Hideo Kojima yang menerbitkan dua permainan Death Stranding untuk PlayStation.

Image from: Kojima Productions Lancarkan Pemain CD Lutsinar Death Stranding 2

Minggu ini, Kojima Productions bekerjasama dengan km5 untuk menawarkan Instant Disc Audio CP1 DEATH STRANDING 2 Model (Limited Edition). Ia sebuah pemain cakera padat yang bertemakan Death Stranding 2. Ia mempunyai rekaan lutsinar berwarna oren yang menyamai rekaan BBPod dalam permainan. Bahagian depan mempunyai slot untuk meletakkan muka depan album atau dua imej kadbod Death Stranding 2 yang diberikan dengan setiap pembelian.

Image from: Kojima Productions Lancarkan Pemain CD Lutsinar Death Stranding 2

Pemain cakera ini menyokong sambungan aksesori audio menggunakan Bluetooth 5.3 dan juga bicu audio 3.5mm. Ia dilengkapi bateri 1800 mAh untuk hayat penggunaan sehingga 8 jam. Ia turut boleh digantung ke dinding untuk dijadikan pemain CD di rumah.

Instant Disc Audio CP1 DEATH STRANDING 2 Model (Limited Edition) ialah produk edisi terhad dengan setiap satunya dijual pada harga €190,00 (~RM 897).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved