Sony Teruskan Rancangan Menghentikan Cakera Permainan Fizikal Walaupun Ditentang

TechnologyGaming
31 Jul 2026 • 6:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal bulan ini Sony mengumumkan akan menamatkan pengeluar permainan dalam bentuk cakera fizikal bermula Januari 2028. Permainan fizikal yang dibeli dengan kotak selepas tarikh tersebut dijual dengan kod sahaja untuk memuat turun daripada PlayStation Store.

Pengumuman mengejut Sony ini menerima bantahan golongan peminat permainan fizikal kerana risau permainan digital yang dibeli boleh dipadam, tidak lagi ditawarkan atau apabila akaun PlayStation diharamkan tidak lagi boleh diakses.

Image from: Sony Teruskan Rancangan Menghentikan Cakera Permainan Fizikal Walaupun Ditentang

Sungguhpun tentangan dan kecaman yang diterima adalah hebat, Sony mengumumkan mereka tidak mempunyai rancangan untuk menarik semula keputusan asal. CFO Sony, Lin Tao, menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat kerana trend global ke arah kandungan digital yang semakin pesat. Sony menegaskan bahawa mereka telah mempertimbangkan perkara ini dengan berhati‑hati sebelum memutuskan untuk meneruskannya.

Tetapi Sony memahami bahawa permainan fizikal mempunyai nilai nostalgia dan hubungan emosi dalam golongan gamer. Mereka juga sedang meneliti bagaimana untuk terus melibatkan pemain dalam ekosistem digital di masa depan.

Mungkin Sony boleh mengikut langkah Steam yang membenarkan akaun diserahkan sebagai harta digital kepada waris. Mereka juga boleh mengikut langkah Xbox membenarkan permainan fizikal ditukar menjadi versi digital yang kemudian di simpan dalam pustaka peribadi.

Hakikatnya ialah pada tahun 2025, 78% jualan permainan PlayStation adalah dalam bentuk digital dengan baki 22% sahaja adalah fizikal. Trend susut tahun demi tahun dan menjelang 2028, ia diramalkan semakin rendah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved