
WASHINGTON: Sebahagian kompleks presiden di Rumah Putih ditutup sementara pada lewat Ahad lalu susulan penemuan serbuk putih dikenali pasti sebagai kokain, lapor Washington Post.
Perkhidmatan Risikan mengesahkan kepada Reuters satu “barang tidak diketahui” ditemui menyebabkan sebahagian Rumah Putih ditutup, tetapi merujuk soalan lain kepada Jabatan Bomba yang enggan mengulas.
“Pada petang Ahad, kompleks Rumah Putih ditutup sebagai langkah berjaga-jaga ketika pegawai Bahagian Beruniform Perkhidmatan Risikan menyiasat satu barang tidak diketahui yang ditemui dalam kawasan kerja,” kata jurucakap Perkhidmatan Risikan dalam kenyataan melalui e-mel.
Barang itu ditemui di West Wing, kata jurucakap itu. West Wing ialah kawasan bersambung dengan kediaman eksekutif di mana presiden tinggal dan termasuk Oval Office, bilik Kabinet dan kawasan media, selain pejabat dan ruang kerja untuk penasihat serta kakitangan.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Presiden, Joe Biden tiada di Rumah Putih ketika itu. Ratusan orang bekerja atau melalui West Wing di Rumah Putih setiap hari.
“Jabatan Bomba DC dipanggil untuk menilai dan segera menentukan barang itu tidak berbahaya. Siasatan dijalankan ke atas punca dan cara barang itu dibawa masuk ke Rumah Putih,” kata jurucakap Perkhidmatan Risikan.
Dua “pegawai yang tahu perkara itu” mengesahkan kepada Washington Post, bahan itu ialah kokain.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

