Mayat Bayi Ditemui Terapung Di Laut Tanpa Pakaian Di Sabah

11 Jun 2023 • 8:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penemuan tergempar mayat bayi tanpa pakaian dibuang ke laut

Mayat Bayi Ditemui Terapung Di Laut Tanpa Pakaian Di Sabah. Satu mayat bayi ditemukan jam 6.30 petang oleh penduduk kampung yang melalui jambatan kayu di Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu semalam.

Mayat bayi malang yang belum diketahui jantina itu ditemukan terapung di laut di perkampungan atas air.

image is not available
Mayat Bayi Ditemui Terapung Di Laut Tanpa Pakaian Di Sabah. Kredit: Berita Harian

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, berkata sebaik menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi terbabit, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk siasatan.

Katanya, bayi itu ditemui terapung tanpa pakaian di laut dekat jambatan di perkampungan atas air berkenaan.

“Siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan namun setakat ini belum ada apa-apa maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

image is not available

“Bayi terbabit juga disyaki dibuang ke laut selepas dilahirkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kalsom berkata, mayat bayi dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

“Setakat ini jantina bayi belum dapat dipastikan dan akan diketahui selepas bedah siasat,” katanya.

image is not available

Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta supaya menghubungi Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Baca lagi artikel terkini: