Kolaborasi Ebit Lew Bersama Influencer Terkenal Jepun, Bayashi Raih Perhatian Ramai [Video]

Food
24 May 2023 • 2:35 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Jika sebelum ini, nama influencer dan usahawan Khairul Aming menjadi bualan ramai selepas tular video masakannya mendapat respon daripada cef terkenal, Gordon Ramsay.

Kini giliran pendakwah terkenal, Ebit Lew pula yang berjaya mencuri tumpuan ramai selepas dia memuat naik satu video masak bersama influencer makanan popular daripada Jepun yang dikenali sebagai Bayashi.

Ebit Lew dan Bayashi masak nasi goreng kampung bersama

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, kelihatan Ebit Lew dan Bayashi bersama-sama memasak nasi goreng kampung.

Setelah nasi goreng kampung itu siap dimasak, kelihatan kedua-dua mereka menjamah makanan tersebut sebelum ianya diberikan kepada seorang gelandangan di Jepun.

Berdasarkan video tersebut, kedengaran juga suara Bayashi menyebut perkataan “sangat sedap” bersama-sama Ebit Lew.

Untuk info, Bayashi merupakan seorang ‘content creator’ yang berasal daripada Jepun serta tekenal dengan video-video masakannya yang unik dan kelihat menyelerakan.

Ramai terkejut dan tak menyangka kolaborasi Ebit Lew dan Bayashi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut dan tidak menyangka bahawa pendakwah terkenal itu akan melakukan kolaborasi bersama Bayashi.

Ini kerana, Ebit Lew sememangnya terkenal mengembara ke serata dunia untuk memberi bantuan dan hanya dianggap ke Jepun untuk melakukan hal yang sama.

image is not available

image is not available

image is not available

Source: