“Unexpected collab” – Ramai Terkejut Ebit Lew Muncul Bersama TikToker Jepun Buat Video Masak

Entertainment
23 May 2023 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pendakwah terkenal, Ebit Lew sering dilihat menjelajah ke luar negara sambil memberi bantuan dan sumbangan kepada penduduk yang kurang bernasib baik di sana. Perkara ini dapat dilihat menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosialnya.

Kali ini, beliau pergi ke Jepun dan mungkin ramai yang menjangkakan video atau gambar berkaitan pemberian sumbangan atau situasi di sana.

Tetapi, video yang dimuat naik Ebit Lew sejak semalam telah menarik perhatian ramai apabila beliau muncul bersama dengan seorang TikToker popular dari Jepun, Bayashi.

Untuk pengetahuan korang, Bayashi ialah seorang pencipta kandungan yang popular dengan video masakan yang unik dengan jumlah pengikutnya seramai 48.2 juta di TikTok.

Menerusi video terbabit, kelihatan Ebit Lew memakai jubah berwarna putih bersama Bayashi sedang memasak nasi goreng kampung.

Mereka kemudian menjamah nasi goreng yang dimasak tadi dan lebihan hidangan itu diberikan kepada gelandangan.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah berjaya meraih lebih 2.6 juta tontonan dalam masa sehari dan mendapat lebih 5,000 komen selepas dimuat naik di TikTok.

“Unexpected collab”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan tidak terfikir tentang kolaborasi antara Ebit Lew dan Bayashi.

Malah, netizen juga memuji pendakwah itu cuba memperluaskan dakwahnya dan berharap tindakan yang dilakukannya diredhai Allah serta dipermudahkan segala urusan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Lepas ni, kolaborasi siapa yang korang nak?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.