Kolaborasi kali pertama, Khairul Aming & Sofyank bergabung terangkan isu ‘tembikai’

23 May 2024 • 8:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pempengaruh terkenal, Khairul Aming & Sofyank bergabung buat kali pertama dalam menghasilkan video infografik bagi menerangkan tentang isu Gaza dan Rafah.

Terangkan tentang isu ‘tembikai’

Menerusi kapsyen di media sosial Khairul Aming, dia menyatakan yang kolaborasi kali pertama dengan Sofyank ini dibuat untuk menerangkan secara mudah keadaan di Palestin yang mana bukanlah sekadar konflik semata-mata.

“Ini kolaborasi pertama KA dengan @Sofyank96 dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di adalah bukan konflik semata-mata,” tulisnya.

@khairulaming

Semoga kemerdekaan milik . Ini kolaborasi pertama KA dengan @Sofyank96 dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di adalah bukan konflik semata-mata. Video ni panjang sikit, 8 minit. Tapi kami harap dapat bantu sebarkan awareness untuk saudara kita di sana

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Khairul Aming & Sofyank bergabung, harap dapat sebarkan awareness

Ujarnya lagi, video infografik yang berdurasi lapan minit ini diharap dapat membantu lebih ramai masyarakat memahami apa yang sedang berlaku disana dan mendoakan supaya kemenangan akan diraih oleh mereka suatu masa kelak dengan bantuan dari kita melalui kesedaran bersama.

“Video ni panjang sikit, 8 minit. Tapi kami harap dapat bantu sebarkan awareness untuk saudara kita di sana,”katanya lagi.

image is not available

Khairul Aming & Sofyank bergabung, terima pujian ramai

Perkongsian yang cukup bermanfaat dan menarik ini telah mendapat respon yang positif daripada warganet.

Rata-rata mereka memuji tindakan Khairul Aming dan Sofyank kerana menggunakan platform media sosial dengan sebaiknya memandangkan mereka mempunyai jutaan pengikut.

image is not available

Terima kasih KA & Sofyank!

image is not available

Bagus konten macam ni

image is not available

Terbaik bro!

 

image is not available

Mungkin boleh letak subtittle

Dalam pada itu, mereka juga mencadangkan agar pempengaruh berkenaan menetakkan sari kata dalam Bahasa Inggeris agar boleh disebarkan sehingga ke luar negara.

Semoga apa yang diterangkan dan diusahakan mereka berdua membantu memberi kefahaman kepada masyarakat di luar sana.

image is not available

Sumber: TikTok khairulaming