Kolaborasi Perkeso, SUP beri manfaat penjawat awam

20 Jun 2024 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Pelbagai inisiatif-inisiatif baharu telah disediakan Perkeso bagi memberi manfaat kepada semua penjawat awam persekutuan, kata Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin.

“Objektif Program ini ialah untuk Perkeso memberi penerangan kepada penjawat awam persekutuan Negeri Sabah iaitu inisiatif dan program yang dilakukan oleh Perkeso.

“Dalam perjumpaan saya dengan pihak Perkeso, saya berpandangan bahawa Perkeso hanya menumpu kepada pekerja swasta tetapi sebenarnya banyak inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan pihak Perkeso yang menjurus kepada penjawat awam persekutuan.

“Perkongsian lebih lanjut berkaitan perlindungan -perlindungan yang disediakan oleh Perkeso akan dirungkaikan oleh ahli-ahli panel yang pakar dalam disiplin masing-masing,” katanya selepas merasmikan Forum Perkeso Prihatin Bersama Penjawat Awam Persekutuan di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Tambah beliau, Perkeso juga telah meluaskan jaringan perlindungan atau “social safety net” kepada semua wanita yang bergelar suri rumah sama ada bekerja atau tidak bekerja.

“Program Keselamatan Sosial Suri Rumah adalah amat istimewa untuk menghargai dan memperkasa peranan wanita dengan menyediakan perlindungan keselamatan sosial.

“Selain tugas wanita bekerjaya dan tugas harian menguruskan rumah tangga, suri rumah juga berhadapan dengan pelbagai risiko.

“Oleh itu, skim perlindungan Suri Rumah memfokuskan kepada tiga perlindungan utama, iaitu bencana domestik, keilatan dan kematian. Premium perlindungan adalah serendah RM10 sebulan atau caruman RM120 setahun,” ujarnya.

Program yang julung kali diadakan bersama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, khas kepada anggota penjawat awam itu turut dihadiri Pengarah Perkeso Sabah Dr. Mohd Ali Hindia dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.