Dana sumbangan Agong digunakan untuk inisiatif Kementerian Pengangkutan - Loke

20 Jun 2024 • 11:45 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kuala Lumpur: Dana bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta yang disalurkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk beberapa inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata antara inisiatif itu ialah bantuan tambang penerbangan untuk siswa (FlySiswa) antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak; program MyLesen untuk golongan B40 serta penukaran topi keledar baharu untuk penunggang motosikal.

“Menjunjung kasih Tuanku! Patik mewakili Kementerian Pengangkutan amat menghargai sumbangan yang disalurkan oleh Tuanku dan keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat. Daulat Tuanku!,” menurut Loke dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, dalam perkongsian menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Menurut catatan itu, nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.