Kolar Baju Kembang? Tiktoker Ini Tunjukkan Cara Mudah Untuk ‘Repair’!

Men's Fashion
18 Feb 2023 • 3:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sayangnya, baju masih elok tapi kolarnya dah kembang! Kalau ini yang berlaku, jangan pula buang baju tersebut! Sebenarnya, ada banyak cara untuk ‘repair’ kembali kolar baju yang sudah kembang. Bahan-bahannya pun tak banyak, semuanya boleh ditemui di dapur!

Di bawah, kami berikan beberapa tip untuk baiki kolar dan pastikan baju anda nampak baru.

2 cara untuk repair kolar baju kembang

Kalau anda mempunyai banyak baju dengan kolar yang kembang, tip di bawah mungkin dapat membantu:

1. Gunakan ais

image is not available

Siapa sangka, ais boleh digunakan untuk memperbaiki kolar t-shirt.

Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:

  1. Semangkuk kiub ais dalam air sejuk.
  2. Seterika.
  3. Permukaan rata untuk meletakkan baju.

Langkah-langkahnya:

  1. Lipat leher t-shirt seperti bentuk kipas. Kemudian, rendamkan dalam mangkuk yang berisi kiub ais selama 30 saat.
  2. Selepas itu, perahkan lebihan air. Namun, pastikan leher kolar masih lagi dalam bentuk kipas.
  3. Gunakan seterika dan iron bahagian kolar tersebut dengan gerakan ke atas. Pada waktu ini, pastikan t-shirt tadi masih lagi dalam keadaan lembap.
  4. Kemudian, letakkan t-shirt tadi atas permukaan rata sehingga kering.

2. Gunakan air panas

image is not available

Cara kedua pula menggunakan air panas dan gelang getah sahaja. Selalunya, cara ini dilakukan untuk memperbaiki kolar baju t-shirt vintage atau bundle.

Langkah-langkahnya:

  1. Panaskan air dalam periuk. Pastikan air mendidih.
  2. Ikatkan gelang getah pada kolar baju.
  3. Rendamkan ikatan tadi dalam air mendidih selama 1 minit.
  4. Letakkan baju tadi di tempat yang rata sehingga kering.

@obsdncollective Reply to @beckhamkd I hate making 2 part videos but it’s gonna take all day to dry #Vintage #VintageClothes #grailed #thrifting #vintagefashion ♬ Lady Brown – Nujabes

Mudah bukan? Selamat mencuba!

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article