Koleksi skarf LV terbaru memortret karya 5 artis terkemuka

Women's FashionLifestyle
26 Aug 2024 • 10:15 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Mengetengahkan seni dan fesyen dalam satu koleksi–LV Art Silk Squares atau dikenali juga sebagai Carré (skarf sutera) menampilkan keunikan corak dan rekaan terbaru. Louis Vuitton juga turut berkolaburasi bersama 5 artis terkemuka dalam penghasilan karya ini.

Antara artis yang menjadi tunjang utama dalam menghasilkan rekaan skarf LV yang unik ini antaranya eBoy, pereka pixel-art dari Jerman, pereka duo Franco-Japanese-Spanish–Icinori, pelukis dan pengilustrasi dari Itali Lorenzo Mattotti, pereka grafik dan pengilustrasi dari Perancis–Nicolas de Crécy, dan juga pelukis dari Swiss iaitu Thomas Ott. Kesemua artis terkenal ini juga telah pun berkolaburasi dalam penghasilan koleksi Louis Vuitton’s Travel Book series.

Kelima artis ini berjaya menghasilkan satu interpretasi menggunakan lambang ikonik yakni empat kuntum bunga LV monogram melalui gaya tersendiri. Setiap skarf LV juga menampilkan satu keunikan berbeza antara satu sama lain, tidak kira pada warna mahupun motif yang cuba disampaikan, setiap artis berjaya memotretkan satu seni unggul pada skarf LV kali ini.

Pada setiap skarf LV, karya yang di terapkan adalah satu hasil originaliti setiap artis–dari penggunaan dua variasi warna sehinggalah pada strok lukisan pada corak. Skarf ini juga di reka khas dengan beberapa lapisan warna telus pada kain sutera putih. Potongan berbentuk segi empat dengan teknik di panggil roulottage sangat di titiberatkan untuk mendapatkan kehalusan pada jahitan hujung skarf.

Pereka pixel-art dari Jerman, eBoy, memberikan sentuhan warna dan corak pixel melalui corak bak labirin atau maze dalam koleksi skarf LV. Kontra pula melalui penghasilan karya Icinori iaitu “Malles Monde”, rekaan yang lebih halus mengtakrifkan lagi keunggulan dunia LV melalui seni atas kain sutera.

“Iris Spring” adalah karya Lorenzo Mattotti dalam koleksi skarf LV ini. Lebih mengetengahkan motif bunga sebagai simbolik ikonik bersama tulisan “Louis Vuitton” pada hujungnya. Manakala, Nicolas de Crécy pula menyajikan “Parfums de Mediterranee” yakni reminisasi lukisan bunga monogram LV yang mempesonakan.

Bermain pada motif yang jauh berbeza pada pengkarya lain, Thomas Ott menghasilkan “Urban Flowers” dengan satu levitasi yang membuatkan ramai terpegun. Penggunaan warna hitam dan putih pada rekaanya memberikan karya minimalis namun melambangkan satu orginaliti dirinya. Ternyata, koleksi skarf LV kali ini mengangkat pengkarya terkemuka ini pada satu dunia yang berbeza. Koleksi LV Art Silk Squares ini boleh di dapatkan pada mana-mana butik Louis Vuitton dan juga atas talian bermula 30 Ogos 2024.

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia

The information in this article is accurate as of the date of publication.
View Original Article