Kolestrol dalam telur

Health & Fitness
7 Mar 2026 • 8:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Kolestrol dalam telur
Gambar: Public Health M'sia

Telur ni antara makanan yang paling banyak orang “takut” tanpa sedar.

Takut sebab kuning telur.

Takut sebab kolesterol.

Takut sebab ayat yang kita dengar sejak dulu, makan telur nanti kolesterol naik.

Tapi bila kita tengok bukti kajian yang lebih baru, cerita dia tak semudah itu.

Bukan maksudnya telur jadi makanan ajaib.

Cuma maksudnya, kambing hitam kita selama ini mungkin tersalah sasaran.

Ramai orang punya LDL naik bukan sebab telur semata.

Selalunya sebab lemak tepu yang mengiringi cara kita makan telur.

Telur rebus dengan sayur dan buah itu lain.

Telur goreng garing, makan sekali dengan makanan tinggi lemak tepu, itu lain.

Ada kajian pada 2025 yang bandingkan corak diet berbeza dan dapati dua biji telur sehari dalam diet rendah lemak tepu boleh menurunkan LDL berbanding diet tinggi lemak tepu walaupun telur lebih sedikit.

Maksud dia jelas.

Lemak tepu lebih kuat memacu LDL daripada kolesterol dalam telur.

Jadi kalau anda nak makan telur dengan lebih “mesra kolesterol”, pegang 4 prinsip ini.

-Pilih cara masak yang rendah minyak.

-Padankan dengan serat, sayur, kekacang, buah, oat.

-Kurangkan makanan tinggi lemak tepu pada hari yang sama.

Dan paling penting, tengok bacaan darah anda sendiri, bukan ikut takut orang.

Satu nota penting.

Kesan telur pada kolesterol boleh berbeza ikut individu, genetik, dan keadaan kesihatan.

Kalau anda ada kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung, atau sejarah keluarga kuat, lebih baik bincang dengan doktor dan pantau bacaan lipid secara berkala.

Hari ni saya nak tanya jujur.

Anda team telur rebus, telur separuh masak, atau telur dadar

#PublicHealthMalaysia #Kolesterol #PemakananSihat #FaktaKesihatan


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.