Komanwel 2022: Skuad Angkat Berat Cetus Sensasi, Sumbang Emas Kedua Malaysia

30 Jul 2022 • 9:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Muhamad Aznil Bidin - Gambar Bernama

BIRMINGHAM - Skuad angkat berat negara terus mencipta sensasi apabila menyumbangkan pingat emas kedua kepada Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini, hari ini.

Muhamad Aznil Bidin memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di Pusat Pameran Nasional (NEC) apabila melakukan angkatan bebanan keseluruhan 285 kilogram (kg) dalam kategori 61kg lelaki, sekali gus mencatat rekod baharu temasya.

image is not available
Muhamad Aznil Bidin meraikan kemenangan memperolehi pingat emas kedua negara. - Gambar AFP

Badang kelahiran Kedah itu, melakukan angkatan snatch 127kg dan 158kg bagi clean & jerk.

image is not available
Muhamad Aznil Bidiin - Gambar AFP

Kejayaan tersebut juga sekali gus membuktikan kehebatan atlet berusia 28 tahun itu, yang berjaya mempertahankan gelarannya yang dimenangi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Atlet Papua New Guinea Morea Baru memenangi pingat perak dengan mencatat angkatan keseluruhan seberat 273kg, sementara gangsa menjadi milik Gururaja Poojary dari India dengan angkatan bebanan 269kg. - Bernama